Hari ni merupakan hari yg amat sedih buat Ezan dan masih terasa lagi kepiluan, keperitan dan penyesalan didlm diri ini. Maafkan Mummy my dear Prince Raiyan...
Hari ni 21/06/2012 jam 2.30pagi, Mummy sedang tidur sambil memeluk Putera kesayangan Mummy, sedang semua org sedang lena di ulit mimpi tanpa Mummy sedari pelukan Mummy terlepas daripada memeluk mu my dear.... Tiba2 "gedebuk".... terus Mummy terjaga dan Yaaa Allah Raiyan terjatuh dari katil... dek kerana kecuaian Mummy... disusuli dgn Tangisan mu yg pastinya sedang berada dlm keadaan sakit. Tak tergambar dgn kata2 betapa risau, sedih, panic, terkejut, sedih malah seribu satu rasa dan penyesalan dalam diri Mummy ni....
Daddy pun turut terjaga dan segera mendapatkan Raiyan dari pegangan Mummy. Daddy mengosok2 kepala Raiyan sambil memujuk Putera kami.... Ya Allah sedihnyaaaaa.... Uwaaaa Uwaaaa... Kalaulah boleh diputarkan waktu.... Sambil2 tu sempat jugaklah Daddy membebelkan Mummy kerana tak meletakkan bantal sebagai penghalang...
Alhamdullillah nasib baik takde bengkak atau lebam dan Raiyan pun tak menangis lama tapi selepas tu Mummy terus tak lena tidur dibuatnya dan rasa fobia lak nak tidur kat katil luar, terus ajak Daddy masuk tidur dlm bilik dan kali ni Daddy pun turut ikut Mummy masuk bilik gak, selalunya liat gak daddy nak masuk bilik iyelah musim bola busy lah dia dgn TVnya...
Ezan mmg cukup risau kalau baby jatuh katil sebenarnya, masa Wawa baby dulu pun mmg kami cukup jaga supaya dia tak jatuh katil dan Alhamdullilah mmg Wawa tak pernah jatuh katil dlm jagaan kami masa dia baby tapi tak sangka benda ni terjadi pada Putera kami.... Sodihhhhhhhhhhhhhhh...............
Ya Allah Ya Tuhan ku kau lindungilah anak2 ku dari sebarang musibah dan perkara2 yg tak diingini... Amin Ya Rabbal Allamin....