"Athirah Najwa" atau nama manjanya WAWA... satu2nya Puteri kesayangan kami yg kini hampir berusia 5 tahun.  Mmg kami mengharapkan agar dikurniakan seorang Putera dan Alhamdullillah akhirnya permintaan kami termakbul dan kami dikurniakan dgn seorang Putera yg kami namakan "Afiq Haziq Raiyan".

Afiq Haziq Raiyan, mmg indah saat mengandungkan mu walaupun pelbagai dugaan yg terpaksa diharungi namun demi mu Sayang Mummy tetap kuat dan tabah....

Afiq Haziq Raiyan semakin dirimu membesar dirahim Mummy semakin aktif dan kuat kamu bermain-main didalam rahim Mummy, mmg seronok dapat merasakan keaktifan mu itu...

Dihujung2 kehamilan Mummy, kamu mmg tak byk menyusahkan Mummy, malah tak sangka saat kelahiran mu juga amat mudah... Walaupun sakit melahirkan mu tapi kesakitan tu hanya utk tempoh masa yg boleh dikatakan agak singkat dan kesakitan itu serta merta terubat bila Mummy dapat melihat dirimu yg comel dan sihat...Syukur sangat masa tu bila semua berjalan dgn sempurna...

Pagi 17/01/2012 (selasa) lebih kurang pukul 7pagi Mummy mula rasa tak selesa dan sakit2 on and off... Daddy kata Mummy dah nak bersalin dan terus ajak Mummy ke Hospital tak boleh tunggu lagi... Kebetulan jugak masa tu Opah dan Ayah Long mu baru sampai rumah so bolehlah tolong hantarkan Mummy ke Hospital. Kerana hari tu hari bekerja so jalan mmg agak jem jugaklah, masa tu mmg Mummy dapat rasakan yg kamu dah tak sabar nak melihat dunia ni, saat tu jugak Mummy mula risau dan takut kalau tak sempat sampai di Hospital dan kesakitan Mummy yg semakin kerap membuatkan Mummy rasa nak menangis tapi Mummy tabahkan diri serta kuatkan semangat dan Daddy yg berada disebelah Mummy pun turut memberikan semangat agar Mummy bertahan dan Alhamdullilah lebih kurang 8.15pagi kami tiba di Hospital dan Daddy terus suruh berhentikan kami dibahagian Kecemasan dan tak sampai 5 minit menunggu bantuan sampai dan Mummy terus dikejarkan ke labour room... Jururawat yg memeriksa Mummy mengesahkan yg jalan dah terbuka 8cm mmg dah dekat sangat utk bersalin dan terus memaklumkan pada Doktor yg merawat Mummy. Kali ni mmg tak payah pakai apa2 alat bantuan atau ubat pun utk kelahiran ke-2 ni... Alhamdullillah setelah bertarung dengan kesakitan dan keperitan akhirnya pada 8.54pagi kamu selamat dilahirkan dan kali ni juga seperti yg pertama Daddy turut bersama2 melihat kelahiranmu... Ya Allah amat besar dan istimewanya Anugerah Mu, Syukur yg tak terhingga...

Kalau dulu masa kelahiran pertama, Mummy banyak masa di labour room sampai sempat bermalam sehari disitu sampai kelam kabut Daddy jadinya, tapi kali ni lebih kurang 1/2jam Mummy dimasukkan di labour room kamu telah selamat dilahirkan.

Doa kami moga kamu membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan juga diakhirat, Amin Amin Amin....

Our Prince "Raiyan" merupakan anak kedua kami selepas our Princess "Athirah Najwa" atau nama manjanya "Wawa" yg lahir pd 07.11.07, almost 5 years akhirnya kami dianugerahkan dengan seorang putera yg sememangnya di impikan selama ini. Alhamdullillah akhirnya termakbul juga impian ku. Semoga dia menjadi anak yg soleh dan menjadi kebanggaan dan harapan buat keluarga kami. Diharap anak sulung kami yg kini kami panggil "Along Wawa" lebih ceria dan gembira dgn kehadiran ahli baru dlm keluarga kami dan yg lebih penting moga "Along Wawa" dapat membiasakan diri dan menerima dgn baik kehadiran adiknya....

Our Prince details :-

Name : Afiq Haziq Raiyan
(Afiq = Yang Amat Pemurah)
(Haziq = Yang Cerdik/Pandai)
(Raiyan = Yang Puas/Yang tidak Dahaga)

Date of Delivery : 17 January 2012

Time of Delivery : 8.54am

Weight : 3.51kg

Length : 53cm

Obstetrician : Dr. Fauziah

Paediatrician : Dr. Nomee

Place of Birth : Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang Selangor.

Tarikh janggaan sebenar adalah 18-21 Jan 2012, tapi terawal sikit Raiyan lahir kalau tak mungkin boleh sama birthday dgn Daddy (19.01) or Mummy (20.01) takpelah yg penting semuanya selamat.

Kisah kelahiran Raiyan akan di kongsi pada post yg akan datang.... :)



Dah lama tak update blog, rindu sebenarnya, mcm2 nak coret kat sini tapi kemalasan, kesibukan, kecelaruan, kurang disiplin diri dan mcm2 lagi lah menyebabkan byk perkara termasuklah cerita suka dan duka byk yg hilang dari diary "The Precious Moments" sebenarnya setiap detik tu ada kenangan tersendiri yg ingin di abadikan disini...

Hari ni ku cuba mencoret demi Putera baru kami yg dah sebulan lebih melihat dunia baru nyer dan agak kekok jugak nak menulis di sini kerana format2 di laman blog ni byk yg bertukar tak kurang jugak byk yg diriku sendiri dah lupa sebenarnya, ibarat ilmu yg ada tidak diamalkan maka ianya akan hilang sedikit demi sedikit dari kotak memori... 

Buat permulaan hanya gambar Putera baru kami yg akan dipaparkan disini sebagai pembuka tirai lebaran baru utk 2012 yg dah ke suku tahun berlalu... harap masih tidak terlewat utk memulakan coretan....

Buat Putera kami welcome to a new world...



Dah lama teringin nak buat cheese cake finally berjaya gak merajinkan diri tuk buat cheese cake.... Dan nilah hasil nyer finally terhasillah my "Chocolate Cheese Cake"... hehehe nama jer my choc cheese cake tapi resepi nyer dapat dari internet je... dan ni percubaan pertama tuk resepi yg dapat dari internet ni dan percubaan pertama berhasil tapi agak manis sikit, so kalau nak buat lagi lepas ni kena kurangkan gula nyerrr....

Bila siap je panas2 lagi dah potong tak sabar nak rasa sampai tak sempat nak amik gambar... Bila dah tinggal separuh baru ler teringat nak amik gambar... hehhee excited nak makan cheese cake...

Kek ni rasa dia lebih sedap lepas kita masukkan dlm peti sejuk.... Hubby ler yg suruh masukkan kat peti ais katanya cheese cake masuk ler peti ais mmg betul lah katanya mmg lebih sedap...

Emmmm sodappp nyerrrr...... layannnnn....



RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

© S E B A R K A N W A L A U S A T U A Y A T

Salam, blog saya ni dah lama bersarang... kalau umah dah lama reput kotttt, hehehe... So dlm keadaan yg bosan dan mata yg mengantuk ni ku gagahkan jua tuk mencoretkan di blog ku yg rasanya dah tiada lagi pengunjung ni dek kerana takde apa nak di intai lagi disini...

Sebenarnya dah lama perasaan rindu nak active balik mencoretkan detik2 yg dilalui ke dlm blog yg sebelum ni ku anggap akan menjadi tatapan buat Puteri kesayangan ku si "Athirah Najwa" atau lebih manja di panggil "WAWA"... Cuma mood dan kesibukan membuatkan ku terleka dan yg paling tak dapat dielakkan adalah mood "Malas" itulah masalah yg terbesar rasanya...

So rasanya starting from today akan ku cuba gagahkan diri utk mencoretkan kembali dan mengisi ruang2 didalam blog ku ini... Banyak gak lah benda2 dan perkara baru berkaitan bloging ni yg dah ku lupa sebenarnya tapi takpelah belajar semula... tak gitu... hehee.

Dan tak lupa jugak akan ku menjenguk blog kekawan lain selepas ini dah lama tak mengikuti perkembangan kekawan blog yg lain harap maaf semua ye...


Salam.. emm lama tak singgah dan update blog, bukan naik sawang je tapi dah nak reput dah ni dek krn tak berpenghuni... emmm takpelah nanti ezan try tuk luangkan masa baik pulih dan buat kerja-kerja penambahan dalam umah ku yg dah lama ditinggalkan nie...