"Athirah Najwa" atau nama manjanya WAWA... satu2nya Puteri kesayangan kami yg kini hampir berusia 5 tahun.  Mmg kami mengharapkan agar dikurniakan seorang Putera dan Alhamdullillah akhirnya permintaan kami termakbul dan kami dikurniakan dgn seorang Putera yg kami namakan "Afiq Haziq Raiyan".

Afiq Haziq Raiyan, mmg indah saat mengandungkan mu walaupun pelbagai dugaan yg terpaksa diharungi namun demi mu Sayang Mummy tetap kuat dan tabah....

Afiq Haziq Raiyan semakin dirimu membesar dirahim Mummy semakin aktif dan kuat kamu bermain-main didalam rahim Mummy, mmg seronok dapat merasakan keaktifan mu itu...

Dihujung2 kehamilan Mummy, kamu mmg tak byk menyusahkan Mummy, malah tak sangka saat kelahiran mu juga amat mudah... Walaupun sakit melahirkan mu tapi kesakitan tu hanya utk tempoh masa yg boleh dikatakan agak singkat dan kesakitan itu serta merta terubat bila Mummy dapat melihat dirimu yg comel dan sihat...Syukur sangat masa tu bila semua berjalan dgn sempurna...

Pagi 17/01/2012 (selasa) lebih kurang pukul 7pagi Mummy mula rasa tak selesa dan sakit2 on and off... Daddy kata Mummy dah nak bersalin dan terus ajak Mummy ke Hospital tak boleh tunggu lagi... Kebetulan jugak masa tu Opah dan Ayah Long mu baru sampai rumah so bolehlah tolong hantarkan Mummy ke Hospital. Kerana hari tu hari bekerja so jalan mmg agak jem jugaklah, masa tu mmg Mummy dapat rasakan yg kamu dah tak sabar nak melihat dunia ni, saat tu jugak Mummy mula risau dan takut kalau tak sempat sampai di Hospital dan kesakitan Mummy yg semakin kerap membuatkan Mummy rasa nak menangis tapi Mummy tabahkan diri serta kuatkan semangat dan Daddy yg berada disebelah Mummy pun turut memberikan semangat agar Mummy bertahan dan Alhamdullilah lebih kurang 8.15pagi kami tiba di Hospital dan Daddy terus suruh berhentikan kami dibahagian Kecemasan dan tak sampai 5 minit menunggu bantuan sampai dan Mummy terus dikejarkan ke labour room... Jururawat yg memeriksa Mummy mengesahkan yg jalan dah terbuka 8cm mmg dah dekat sangat utk bersalin dan terus memaklumkan pada Doktor yg merawat Mummy. Kali ni mmg tak payah pakai apa2 alat bantuan atau ubat pun utk kelahiran ke-2 ni... Alhamdullillah setelah bertarung dengan kesakitan dan keperitan akhirnya pada 8.54pagi kamu selamat dilahirkan dan kali ni juga seperti yg pertama Daddy turut bersama2 melihat kelahiranmu... Ya Allah amat besar dan istimewanya Anugerah Mu, Syukur yg tak terhingga...

Kalau dulu masa kelahiran pertama, Mummy banyak masa di labour room sampai sempat bermalam sehari disitu sampai kelam kabut Daddy jadinya, tapi kali ni lebih kurang 1/2jam Mummy dimasukkan di labour room kamu telah selamat dilahirkan.

Doa kami moga kamu membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan juga diakhirat, Amin Amin Amin....