Dah lama teringin nak buat cheese cake finally berjaya gak merajinkan diri tuk buat cheese cake.... Dan nilah hasil nyer finally terhasillah my "Chocolate Cheese Cake"... hehehe nama jer my choc cheese cake tapi resepi nyer dapat dari internet je... dan ni percubaan pertama tuk resepi yg dapat dari internet ni dan percubaan pertama berhasil tapi agak manis sikit, so kalau nak buat lagi lepas ni kena kurangkan gula nyerrr....

Bila siap je panas2 lagi dah potong tak sabar nak rasa sampai tak sempat nak amik gambar... Bila dah tinggal separuh baru ler teringat nak amik gambar... hehhee excited nak makan cheese cake...

Kek ni rasa dia lebih sedap lepas kita masukkan dlm peti sejuk.... Hubby ler yg suruh masukkan kat peti ais katanya cheese cake masuk ler peti ais mmg betul lah katanya mmg lebih sedap...

Emmmm sodappp nyerrrr...... layannnnn....



RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

© S E B A R K A N W A L A U S A T U A Y A T

Salam, blog saya ni dah lama bersarang... kalau umah dah lama reput kotttt, hehehe... So dlm keadaan yg bosan dan mata yg mengantuk ni ku gagahkan jua tuk mencoretkan di blog ku yg rasanya dah tiada lagi pengunjung ni dek kerana takde apa nak di intai lagi disini...

Sebenarnya dah lama perasaan rindu nak active balik mencoretkan detik2 yg dilalui ke dlm blog yg sebelum ni ku anggap akan menjadi tatapan buat Puteri kesayangan ku si "Athirah Najwa" atau lebih manja di panggil "WAWA"... Cuma mood dan kesibukan membuatkan ku terleka dan yg paling tak dapat dielakkan adalah mood "Malas" itulah masalah yg terbesar rasanya...

So rasanya starting from today akan ku cuba gagahkan diri utk mencoretkan kembali dan mengisi ruang2 didalam blog ku ini... Banyak gak lah benda2 dan perkara baru berkaitan bloging ni yg dah ku lupa sebenarnya tapi takpelah belajar semula... tak gitu... hehee.

Dan tak lupa jugak akan ku menjenguk blog kekawan lain selepas ini dah lama tak mengikuti perkembangan kekawan blog yg lain harap maaf semua ye...


Salam.. emm lama tak singgah dan update blog, bukan naik sawang je tapi dah nak reput dah ni dek krn tak berpenghuni... emmm takpelah nanti ezan try tuk luangkan masa baik pulih dan buat kerja-kerja penambahan dalam umah ku yg dah lama ditinggalkan nie...