Hari ni merupakan hari yg amat sedih buat Ezan dan masih terasa lagi kepiluan, keperitan dan penyesalan didlm diri ini. Maafkan Mummy my dear Prince Raiyan...

Hari ni 21/06/2012 jam 2.30pagi, Mummy sedang tidur sambil memeluk Putera kesayangan Mummy, sedang semua org sedang lena di ulit mimpi tanpa Mummy sedari pelukan Mummy terlepas daripada memeluk mu my dear.... Tiba2 "gedebuk".... terus Mummy terjaga dan Yaaa Allah Raiyan terjatuh dari katil... dek kerana kecuaian Mummy... disusuli dgn Tangisan mu yg pastinya sedang berada dlm keadaan sakit. Tak tergambar dgn kata2 betapa risau, sedih, panic, terkejut, sedih malah seribu satu rasa dan penyesalan dalam diri Mummy ni....

Daddy pun turut terjaga dan segera mendapatkan Raiyan dari pegangan Mummy. Daddy mengosok2 kepala Raiyan sambil memujuk Putera kami.... Ya Allah sedihnyaaaaa.... Uwaaaa Uwaaaa... Kalaulah boleh diputarkan waktu.... Sambil2 tu sempat jugaklah Daddy membebelkan Mummy kerana tak meletakkan bantal sebagai penghalang...

Alhamdullillah nasib baik takde bengkak atau lebam dan Raiyan pun tak menangis lama tapi selepas tu Mummy terus tak lena tidur dibuatnya  dan rasa fobia lak nak tidur kat katil luar, terus ajak Daddy masuk tidur dlm bilik dan kali ni Daddy pun turut ikut Mummy masuk bilik gak, selalunya liat gak daddy nak masuk bilik iyelah musim bola busy lah dia dgn TVnya...

Ezan mmg cukup risau kalau baby jatuh katil sebenarnya, masa Wawa baby dulu pun mmg kami cukup jaga supaya dia tak jatuh katil dan Alhamdullilah mmg Wawa tak pernah jatuh katil dlm jagaan kami masa dia baby tapi tak sangka benda ni terjadi pada Putera kami.... Sodihhhhhhhhhhhhhhh...............

Ya Allah Ya Tuhan ku kau lindungilah anak2 ku dari sebarang musibah dan perkara2 yg tak diingini... Amin Ya Rabbal Allamin....

Ok sebelum ni Ezan dah bercerita tentang majlis Cukur Jambul, Aqiqah dan Berendoi Putera Kami "Afiq Haziq Raiyan" so kali ni jom layan pulak gambar2 sepanjang majlis tersebut....



 Majlis Dimulakan dgn pihak lelaki dahulu...

 Kemudian Marhaban dan cukur jambul pihak perempuan lak...

 Putera Kami sedang lena didalam buaian sangkar burung nyer....

 We and our new family member's - Afiq Haziq Raiyan....

 Welcome to the family our little Hero....

Ni pulak antara Menu yg dihidangkan....


Oklah byk lagi sebenarnya gambar2 tapi tak larat nak selitkan semua so yg mana sempat jelah....

Pada semua tetamu yg datang terutamanya saudara mara, sahabat handai, jiran2 dan semua mereka yg terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan majlis ini Ezan sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga terutama sekali yg turut mendoakan kesejahteraan Putera Kami ribuan terima kasih dari kami.....

Maaf Andai ada terlebih dan terkurang dan jika ada salah dan silap kami mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.... 

Selesai satu tanggungjawap kami dan banyak lagi tanggung jawap kami yg menanti buat Putera dan Puteri kami, doa kan kami sekeluarga ye....

Pada 29/04/2012 kami telah mengadakan majlis cukur jambul dan berendoi, pada masa yg sama jugak kami buat Aqiqah utk Putera kami “Afiq Haziq Raiyan”. Kalau dulu time Puteri kami cuma sekor kambing je utk Aqiqah kali ni dapat Sang Putera maknanya kenalah kami korbankan 2 ekor kambing dan kali ni kedua-dua ekor kambing tu kami buat BBQ…. Emmmm so Yummy….. Ezan ni bukan org yg suka makan kambing tapi kali ni bila dah cuba dan rasa terus nak lagi dan lagi pulak… Mungkin sbb kambing tu dipanggang a.k.a BBQ ditambah pulak dgn rasanya yg sedap kena pulak dgn black pepper sosnya ditambahkan lagi dgn kambing nyer pulak yg takde bau langsung wahhhh menambahkan kenikmatannya.... Emmmm meleleh air liur bila dok terkenangkannya...  Yummy Yummy Delicious…

Since pernah ada pengalaman buat majlis Aqiqah dan cukur jambul Puteri kami terdahulu ditambah pulak dgn pendedahan online yg bertimbun skrg ni so utk majlis kali ni kami dah ada pengalaman dan dapat buat yg lebih baik sikitlah… Tapi takde lah buat besar-besaran sekadar yg termampu dan yg patut2 je…

Ezan mmg sebolehnya buat Aqiqah sekali dgn majlis cukur jambul supaya senang akan dtg tak payah susah2 nak kena buat majlis sekali lagi utk Aqiqah tambah pulak takut terlepas pandang tentang Aqiqah ni pada masa akan datang iyalah sbb benda ni mmg wajip kena buatkan…

Okeylah jom layan gambo-gambo sepanjang perjalanan majlis ye…


Ni malam pasang khemah si Along Wawa ni pun busy gak...

Balloon yg penuh dlm bilik sampai takde tempat nak tiduqqqq zzzzzzz....... 

Ni lah dia org2 yg busy dok menyiapkan ballon dan mendeko balloon....
 
Ni pulak tgh pasang buaian oleh "BBD" mmg sangat puas hati...

 Malam sebelum majlis, 
siap je buaian En. Raiyan apa lagi cuba, test, try & Berendoi lerrr apa lagikkk....

Oklah nanti Ezan upload gambar masa majlis lak yee... emmm jenuh lerrr dok asyik back entry je kan... hehheee malazzzzzz.....