Hidup kita selalu diuji dan ada kalanya kita rasakan yg kita tak kuat utk menghadapinya tapi bila difikirkan dgn akal yg waras sebenarnya tuhan tak turunkan ujian itu tanpa sebab dan setiap ujian yg diberikan adalah mengikut kemampuan setiap hambanya... Adakalanya ujian yg dtg tanpa kita sedar dan setiap ujian tu pasti ada hikmah disebaliknya...

Hidup ini ibarat roda adakala kita diatas dan ada kalanya kita dibawah... Ada masa kita gembira dan ada masa kita bersedih...

Ya Allah tabahkanlah hati hamba mu ini dan berikanlah hamba mu ini hidayah mu dan permudahkanlah setiap urusanku Ya Allah....


Kenapalah dgn ezan semenjak dua menjak ni.... kemalasan nak berbloging semakin menjadi-jadi tak taulah kenapa... u all pun leh tgk sendirikan... dah semakin kurang n3 yg dimuatkan. Sebenarnya ezan mmg rindu nak aktive berblogging ni tapi mcm kepala otak tak berapa nak tenanglah sekarang byk benda nak kena pikir & banyak gak benda nak kena selesaikan skrg ni... n3 masa ezan gie cuti2 malaysia a.k.a our honeymoon pun still tak post lagi, walhal pic dia dah separuh ezan edit but still tak siap2 lagi, emmm tak taulah, but ezan akan trylah tuk siapkan gak... takpelah bila ezan ada masa dan ada kesempatan nanti ezan updatelah apa yg ezan sempat yerk... and to all my blogger frenz pun sorilah ezan kurang ziarah skrg ni tapi yg mana sempat atau bila ada kesempatan ezan akan pegi jenguk ye... pape pun hope we still keep in touch yerk... luv u ols...


Aduh... nak update blog kemalasan tengah melanda.. nak blogwalking pun tak berapa nak rajin.. nak reply shoutbox pun tengah takde mood... so dlm taktau nak nak buat apa ezan bacalah email dari member2 dan terbaca lak satu story ni, sebak pulak rasa hati dan sepatutnya kisah ni di kongsi bersama yg lain..

So untuk korang bacalah yerk... and thanks tuk pengirim email ni yerk...

Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


Last month on 19 Jan is my hubby nyer besday... and I take leave on that day coz nak buat surprise tuk my hubby... semangat...hehehe. Gift yg I kasi this time tak seberapa tapi masa dan kesungguhan I nak buat surprise tuk my hubby tu yg bernilai.

Nasib baik hari tu my hubby gie opis awal, so bila dia tanya I ckp jap lagi gie opis (tipu sunat...). I plan nak buat surprise kat dia before dia punya lunch time tapi terlambatlak siap... so terpaksalah anta lepas lunch. Takpelah yg penting surpriseeee....

Jom tengok apa yg actually ezan buat...

Taadaaa.....




Nilah deco yg paling special coz ada tulis happy beday daddy with mummy & wawa...



Design ni just for Adult only & I guest my hubby takkan offer kat all the ladies over there... ahaks..


Yg ni pulak actually I nak letak strawberry tapi cari punya cari tak jumpa... bukan musim kot. So terpaksalah I tukar dengan deco lain...

Ok nilah dia 3 kotak yg berbeza corak dan rasa yg berjaya ezan hasilkan for my beloved hubby...

Yang susahnya bila nak bawak turun tiga kotak serentak coz malas nak ulang alik, tapi akhirnya ezan berjaya gak bawak turun semua serentak tanpa merosakkan cuppies tersebut... beratnya...


Masa ezan sampai kat opis dia mmg dia terkejut, siap tak percaya lagi bila ada yg kasitau ezan ada kat sana, pastu my hubby boleh cakap kat
colleague dia yg isteri dia tgh kerja, korang ni memandai je... sambil tu dia sempat call ezan dan masa dia tgh on the line tu tetiba nampak ezan kat luar terus dia tergelak.... siap ckp "eh kata kerja?" Hehehe nak buat surprise...

Yang bestnya bila hasil penat lelah mendapat pujian... berbaloi rasanya walaupun terpaksa tidur pukul 5 pagi then bangun balik pukul 7 pagi... ahhh.


To my beloved hubby... happy besday and all the best 2 u in the future and career and always remember that we all luv u...


Masih lagik dgn late n3, emm banyaknya tapi ezan still nak post gak dan kali ni our story time gie P.D. (port dickson) on last Christmas.

Actually tak tau nak gie mana and finally we all decide tuk gie picnic kat P.D. je, daripada tak pegi mana2 ye tak? Nie merupakan 2nd time wawa gie P.D, 1st time masa our anniversary last year tapi this time mmg best, coz this is the 1st time wawa mandi laut, last time wawa just berjalan kat persisiran pantai jek, but this time bukan wawa je yg mandi laut, mummy, daddy, opah & apul pun terjun laut gak cuma pak long dgn tuk long wawa je yg tak mandi, tapi pak long wawa busy main layang-layang, seronok betul pak long bila layang2 dia naik tinggi, iyalah angin kat tepi pantaikan kuat, tapi lepas tuuuu.... pak long wawa tension, sbb layang2 tersangkut, hahaha ciannya.

Oklah jom layan our gelagat... hehehe...

Tengoklah aksi wawa yg dah tak sabar2 nak main air...


Yg tengah pegang tangan wawa tulah opah wawa...

Daddy and her daughter... wah syoknya dapat main air yerk...

Mummy and daughter yg tak berani nak kedlm sangat coz tak reti berenang... kena pakai pelampung baru ok, tu pun daddy tolong... malunya, ahaks...

Bukan wawa dgn pak cik Apul je yg pakai pelampung, mummy pun joint sekali, sampai 3 bijik pelampung we all sewa ari tu.


Mummy tgh joint wawa main pasir... We all nak bina istana pasir tapi belum siap dah roboh...

Opah, Tok Long dgn Pak cik Apul takleh tahan tengok mummy gan wawa mcm syok je... terus joint sekali...

Kaki wawa dah hilang, kena kambus dalam pasir... hehhee...


Pak Long Wawa tengah busy main layang2.. (nie gambar curik... syyyttt..)

Daddy yg dah lapar coz lama sangat dok main air...

Wawa lak terpaksa bawak makanan kat tempat dia main, sbb princess yg sorang ni dah lupa daratan, tak nak naik keatas dah...

Mmg syok habislah we all ari tu, bukan wawa je yg lupa daratan yg lain pun sama gak, bila cuaca dah nampak K.O barulah ingat daratan...


Masih lagi dgn late n3... mulanya malas nak post n3 ni, tapi bila tengok my cupcakes for majlis berkhatan tetiba rasa camnak syer lak piccas ni dgn u all... Bukannya apa cuma nak tunjuk cupcakes yg I design sendiri tuk majlis tu, kreatiflah kononnya.... ahaks perasanlah pulak.

Majlis ni pun meriah gaklah, siap dgn persembahan drama, nyanyian nasyid, karaoke pastu siap ada hadiah lagik.

Oklah layanzzz jelah yek...

Nie antara cupcakes yg ezan sempat sponsor tuk majlis tersebut.

Pic yg atas tulah hasil creativity ezan tuk majlis berkhatan. Amacam ada rupa org berkhatan mcm zaman dulu2 tak? siap lukis kain tergantung lagik, hehehe...

Inilah dia rupa singgahsana a.k.a pelamin aganku musnah tuk hero2 tu ditepung tawar, ewah camnak kawin lak, nasib baik lelaki semuanya.... Sebelum hero2 tu rasmi tempat tu wawa tompang posing dulu, ahaks..
Inilah dia rupa hero2 yg bakal disunatkan... yg baju purple tu anak sedara my hubby Asraff (betul ke eja nama ni? janji ada bunyik, hehehe). Ada upacara baling gula2 lagik, hahaha gelaklah korang, seronok yee... lepas ni taulah nasib korang, ahaks.
Haa yg ni tak payah sunat coz dah sunat.... cepatnya, tapi biasalah gegurl mmg awal. Alahai cian kat wawa tak tahan panas so apa lagi, minum duluuuuu....

Actually ni late n3 tapi antara yg terpenting dlm sejarah hidup kami sebagai mummy & daddy to our beloved the one and only daughter (buat masa skrglah, ahaks).

In fact we all
dapat picture ni pun dah terlewat gaklah from our photographer maklumlah wawa nyer beday pun time musim mengawan, so that is one of the reasonlah why it's late n3 selain dari mmg sibuk sikit, tapi walau apa pun ezan tetap gak nak post.

Oklah tak nak citer panjang lagik so layan jelah pic wawa nyer 2nd besday yg we all buat kat Kelab Darul Ehsan pada 22/nov/09 yg lepas.

Pic
ni mmg agak banyak gaklah so sudi2lah layannnnn.....













































Oklah, tuk semua ahli keluarga dan sedara mara yg dtg dan yg terlibat dlm melancarkan majlis harijadi wawa thanks a lot. Tak lupa gak tuk kekawan yg dtg terutamanya member2 sekolah yg mmg dah lama gilerrrrr tak jumpa Mas yg dtg dgn anaknya Adam, Jusie & familynya, Syidah also came wt family, Arni, Zarina yg walaupun baru keluar wad tapi still dtg gak dgn family nyer, tq so much, Ita dan adiknya Ida, emmm ada lagi tak member sek yg tak sebut....? Rasanya takde kot semua dah sebut tapi kalau ada yg termiss tu sori yerk.

Tak lupa gak tuk ezan nyer colleague antaranya Mr. Wong FW & family, Kasturi and family, Elly & Soo, also x-colleague Danny, Yati, Sue Ho, Kim, Luqman, Kak Ani yg dtg dgn anank2nya, Cik Aini tak lupa gak kat kengkawan lain antaranyer Ghani and family walaupun tersasar tapi akhirnya dapat gak cari, dzul and family, Abg. Ramli, Tinie, Ana & her lovely daughter dan sesiapa yg namanya ter miss out thanks a lot coz sudi dtg.


Tak lupa gak tuk semua hubby nyer kekawan, colleague & boss yg turut memeriahkan majlis.


Tuk my photographer pun thanks coz all the pic mmg cantik2 cuma videographer jek kurennnggg sikit takpelah next time boleh anta editing kat tempat lain kot.