Salam, blog saya ni dah lama bersarang... kalau umah dah lama reput kotttt, hehehe... So dlm keadaan yg bosan dan mata yg mengantuk ni ku gagahkan jua tuk mencoretkan di blog ku yg rasanya dah tiada lagi pengunjung ni dek kerana takde apa nak di intai lagi disini...

Sebenarnya dah lama perasaan rindu nak active balik mencoretkan detik2 yg dilalui ke dlm blog yg sebelum ni ku anggap akan menjadi tatapan buat Puteri kesayangan ku si "Athirah Najwa" atau lebih manja di panggil "WAWA"... Cuma mood dan kesibukan membuatkan ku terleka dan yg paling tak dapat dielakkan adalah mood "Malas" itulah masalah yg terbesar rasanya...

So rasanya starting from today akan ku cuba gagahkan diri utk mencoretkan kembali dan mengisi ruang2 didalam blog ku ini... Banyak gak lah benda2 dan perkara baru berkaitan bloging ni yg dah ku lupa sebenarnya tapi takpelah belajar semula... tak gitu... hehee.

Dan tak lupa jugak akan ku menjenguk blog kekawan lain selepas ini dah lama tak mengikuti perkembangan kekawan blog yg lain harap maaf semua ye...