Kelmarin ezan gan hubby gie survey tempat tuk buat my little princess punya 2nd beday party. Emm tempat tu biasa2 je tapi bolehlah dah lewat ni tak tau nak buat kat mana sbb awal2 tak plan betul2 so skrg barulah pening. So ezan gan hubby dah decide nak amik jelah kat tempat yg we all pegi ni lagi pun price dia pun tak mahal sangat kira oraitlah cuma tang menu je yg we all tukar amik menu lain coz menu for kids punyer beday party tak menarik sangatlah.

oklah wawa jom balik.
Dah siap survey dah tinggal nak finalise je.


Click jelah ye...


YouthSays | YouthSays, Malaysia's Largest Youth Opinion Community

Tgh call mereka2 yg hilang arah.

Last thursday we all gie makan2 kat eden restoran @ Chulan Square sempena dengan sambutan raya khas tuk staff2 we all je, actually ezan nak arrange time minggu kedua raya, lepas semua dah balik dari bercuti tapi dek kerana kesuntukan masa terpaksalah ditunda hingga minggu terakhir raya baru leh pergi lunch. So layan jelah picture kita org kat eden tu ye...
Lihatlah antara menu yg we all order ni...
oklah dah kenyang so apa lagi layan bergambarlah pulak... ahaks.
Inilah our boss dengan dayang2nya...

Ok ni pulak time nak balik, sempat gaklah post dulu sebelum keluar pintu. hehehe...

Last saturday merupakan hari yg busy utk ezan apa taknya ada 3 jemputan, 2 utk open house dan mlm ada wedding kat Summit Hotel jauh tuuuu... Perhhhh kiranya hari tu mmg full lah, mula2 pegi open house my hubby nyerr boss pastu gie kawan ezan nyer lak, tapi takleh nak duduk lama coz nak rushing balik umah nak siap tuk pegi wedding lak, tapi sempat gaklah jumpa dgn seorg member lama dan yg bestnya member ezan ni tengah sarat mengandung tunggu masa je nak bersalin, kalau org tunggu hari tapi dia mmg tunggu masa coz katanya "memang ingat tak sempat dah dtg open house ni tapi nasib baiklah anak belum nak kuar lagi, ni pun baru balik dari check up terus singgah".

Yang buat ezan terkejut yelah rasanya mcm baru je dia bersalin tuk anak kedua tup tap tup tap dah nak masuk no 3 lak wahhh cam factorylak, yelah surirumahlah katakan, hehhe jangan marah haaaa... Actually bagus tau anak ramai ni murah rezeki, yelah anak ni membawa rezeki. Bukan tu je nanti family kita pun akan bertambah besar dan mesti seronok dan meriah nak pulak bila tiba time raya emm seronoknya bila dapat berkumpul.

Oklah gambar masa 2 open house tu takde sbb camera tertinggal dlm kete, cuma ada gambar time wedding je, tu pun hampir terlupa nasib baik teringat masa kat parking area. So layan pic ni jelah ye...

Ini masa we all baru sampai, lepak kat luar dulu lah..

Wawa dlm baby chair tapi takleh duduk lama coz tak reti duduk diam, kerja dia nak main jeee...

Wawa bosan tak tau nak buat apa sbb mummy tak kasi dia main, cian wawa.

Ini table we all, khas tuk my hubby & opis matenya je. My hubby je yg bawak wife dan anak, member my hubby dtg solo je. Suami mitali hehehe.

Cenderahati dari pengantin.

Inilak gambar pelamin, sementara tunggu ketibaan pengantin we all layan slide show dulu.

Ketibaan pengantin memasuki ballroom. Time ni ezan rasa nak kawin sekali lagi coz takleh tahan tengok baju pengantin tu cantik bangatttt... ahaks.

Oklah nak balik dah sempat gaklah posing kat patung singa ni jap.



Semalam ezan buat makan-makan kat opis time lunch kira mcm jamuan rayalah tapi utk dept. ezan dan org2 yg berdekatan dgn dept. we all je, ezan pun tak bawak banyak makanan cuma ada nasi impit, lemang, kuah kacang, rendang ayam, seruding ayam dan jugak vanilla cake pastu bos ezan orderkan oren jus, tu sajalah menunya. Yelah ezan tak buat open house so bos ezan cibuk je dok tanya "mana I punya lemang? mana I punya ketupat? mana I punya rendang?" so apa lagi mau kasi tutup mulut dia so ezan bawaklah dtg opis... Lemang tu ezan beli je heheee.

Tengok dgn periuk2 ezan angkut dtg opis. Hehehe belasah jelah.

Curi masa hubby time dia tengah kerja jap...

Ahhh leganya bila semalam my hubby dah balik kerumah. Cian kat ezan dan wawa raya kedua dah kena tinggal so takleh nak raya sakanlah. My hubby pun kesian gak coz nilah 1st time dia kena kerja time cuti raya, nak buat camne kalau dah terpaksa kerja so kerja jelah. Nasib baik this year memang we all dah plan nak raya kat KL je kalau tak lagi tension coz semua staff yg apply cuti raya kat tempat my hubby tu kena masuk peti beku.....

Rupanya bukan senang nak uruskan rumah tangga bila tinggal sorang ni, yelah banyak kerja nak kena uruskan sendiri, aduuhhh penat tau, yelah selagi wawa tak tidur jangan mimpilah nak buat kerja nanti ada je tukang sibuk. Pendek kata hari-hari ezan tidur lambat. Nasib baik ezan amik cuti raya seminggu kalau tak lagi penatlah jawapnya.
Baru ezan tau bukan senang nak jadi ibu tunggal ni, nak pulak kalau anak masih kecik lagi.

♥♥♥ Buat Hubby thanks coz selama ni hubby banyak membantu, tanpa hubby rasanya susah utk ezan uruskan semuanya. Hehehe baru sedar dirilah ni...