Semalam ezan amik cuti sbb Wawa 1st day kat nursery coz baby sitter wawa dah nak balik kg so tak dapat nak jaga wawa tu yg terpaksa anta nursery.

Masa mula2 sampai kat nursery wawa ok je bila ezan nak tinggalkan siap salam dan cium ezan lagi so ezan baliklah umah kejap sbb nak angkat kotak yg ezan dah letak barang2 wawa tuk letak kat nursery tapi bila ezan sampai balik je kat nursery tu ezan tengok wawa tengah nangis sambil didukung oleh penjaga kat situ, kiranya tengah pujuk wawa lah tu tapi tak ok gak, nampak je mummy nyer terus wawa hulur tangan nak mummy. Alahai ciannya anak mummy, so terpaksalah temankan wawa jap kat nursery tu sampai dia ok dan bila ezan nampak dia dah ok ezan pun try tuk tinggalkan dia bila dia tengah leka bermain tapi bila ezan sampai je kat tangga bawah ezan dgr suara wawa menangis terus ezan kaku jap kat tangga bawah tu, kaki berat macam kena gam tak boleh nak melangkah keluar, hati ni sayu gilerrrrr tuhan je yg tau bila tangisan wawa makin kuat ezan pun terus naik semula dan bab nilah yg tak boleh tahan sbb bukan wawa je yg nangis tapi mummy wawa pun turut nangis sekali, dah mcm 1st time nak tinggalkan wawa lak.


Aduhhhh, sudahnya ezan tunggu wawa kat situ sampai hampir pukul 2 ptg barulah ezan balik, tu pun sbb wawa dah tidur, hati mmg berat nak tinggalkan tapi terpaksalah kuatkan semangat kalau tak nanti susahlah jawapnya.


Pagi ni masa ezan anta wawa pegi nursery nampak mcm dia dah boleh terima tapi bila ezan kasi je wawa pada penjaganya terus dia menangis, ishhh ni yg tak boleh tahan ni tapi terpaksalah keraskan hati sbb hari ni ezan dah kena gie keje, tapi sepanjang dlm kete ezan nangis, terus call hubby kasi tau pasal wawa, hubby siap ckp
"wawa nangis... mummy pun nangis... adoooiii.... sabarlah nanti wawa ok lah tu..."

Cian kat my hubby coz tak dapat tgk wawa 1st day kat nursery, from last saturday hubby dah outstation maybe next week kot baru balik.


♥♥♥
Wawa mummy harap wawa kat nursery baik2 je dan cepat dapat sesuaikan diri ye sayang dan jangan nangis2 yerk sbb nanti mummy pun nangis... huhuhu.... Mummy cayang Wawa.


2 comments:

SJB said...

Hope wawa will be ok.

UglyPooh said...

best nya jd ibu. murninya hati sorang ibu.