~May' 09, bulan yang penuh dgn ujian...~

Bulan may’09 merupakan bulan yg begitu menguji tahap kesabaran dan juga iman krn pd bulan inilah berbagai dugaan yg terpaksa ezan tempuh walaupun hakikatnya berat utk ezan terima.

9 may 09 (sat) – ayah ezan dimasukkan ke wad ICU, keadaannya critical, lung infection. Selama seminggu ayah ezan di ICU dan tak sedarkan diri bahkan keadaanya tidak bertambah baik.

16 may 09 (sat) - ayah ezan akhirnya pergi mengadap penciptanya. YA ALLAH… ezan cuba utk kuat menerima takdir yg telah ditetapkan oleh Nya.

14 may 09 (thu) - 2 days before ayah ezan pass away my hubby demam diikuti dgn anak kami pd keesokan harinya. Walaupun hubby and our daughter belum sembuh tapi kami tetap ingin melawat ayah di ICU and on 16 may 09 semasa berkumpul dirumah mama ezan di Setiawangsa utk pegi ke hospital bersama dgn saudara mara yg baru tiba dari kg. Masa tgh siap utk bertolak tiba-tiba mama ezan menerima panggilan dari pihak hospital meminta kami sekeluarga ke hospital krn Doctor ingin berjumpa. Masa tu aku dapat merasakan pasti ada perkabaran yg mencemaskan tapi aku cuba utk berfikiran positif. Setibanya kami dihospital mama, abang dan ezan segera ke bilik ICU dan bila berjumpa dgn Dr. kami diberitahu yg harapan utk ayah terus hidup dah tak ada, krn system dalaman ayah byk yg sudah gagal berfungsi, maybe because of the infection yg dah merebak ke organ dalaman yg lain, time tu air mata ezan bagai tak boleh berhenti. Pihak hospital memberi pilihan sekiranya kami ingin membawa ayah pulang dan Dr. juga akan memberikan bantuan oksigen dan ambulance sekiranya kami memutuskan utk membawa ayah pulang. Tapi Dr. juga menegaskan sekiranya ayah dibawa pulang harapannya dah tak ada lagi dan dia akan menghembuskan nafasnya selepas bantuan oksigen dibuka atau mungkin lebih awal dari itu. Kenyataan yg aku tak mampu terima dan aku sebenarnya tak cukup kuat utk itu. Dlm hati aku masih berdoa moga Allah memanjangkan usia ayahku dan aku cuba yakinkan diri sendiri yg apa yg Dr sampaikan tak semestinya tepat dan ayah masih ada harapan lagi. Namun harapan itu tak kesampaian bila akhirnya ayah ezan menghembuskan nafasnya di depan mata ezan dan abang ezan time tu. Terkedu dan kaku seketika bila menatap mesin hayat yg mendatar saat itu dan Dr. mengarahkan kami beredar utk mereka buat pemeriksaan. Mama yg masuk baru masuk semula begitu tenang dan berpesan pada ezan supaya jangan menangis tapi ezan tak berdaya utk menahan. Tak sangka mama begitu tabah krn ezan fikir mungkin ezan yg lebih tabah tapi sebaliknya yg berlaku, mungkin mama dah bersedia dari awal lagi bila dah terlalu kerap berulang alik ke hospital bila ayah admitted atau pun menjalani kimo. Tapi walau bagaimana pun aku patut bersyukur kerana ayah tak menanggung sakit yg lama dan nampaknya dia pergi dgn tenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

***Kepada semua saudara mara yg dtg jauh dan dekat, sahabat handai dan buat semua yg hadir pd hari tersebut dan juga utk mereka yg dtg sepanjang kenduri tahlil kami sekeluarga ucapkan terima kasih yg tak terhingga atas bantuan, keperihatinan dan lebih penting lagi DOA yg dikirimkan utk arwah ayah.

***Saat aku cuba menulis coretan ini aku fikir aku sudah cukup kuat dan tabah namun walaupun dah 69 hari ayah meninggalkan kami tapi aku masih tak cukup kuat utk menahan sebak dan masih terasa kehilangannya amat sukar utk aku terima, namun sebagai hambaNya kita harus terima qadak dan qadar.

***Buat Angah (adik perempuan ayah) terima kasih dan moga angah juga tabah dan kuat menerima qadak dan qadar dariNya. Walaupun ayah dah tak ada tapi kita tetap sekeluarga.

***Alfatihah…

0 comments: