Kat airport kuching... Masa utk balik dah 4 hari 3 malam tapi rasa cam sekejap je.. takpelah sambung honeymoon kat umah pulak. Hehehe.. Nak kena start keje pulak lepas honeymoon lagipun dah sebulan cuti for my wedding. So bye kuching, maybe ada peluang nak dtg lagi... bestttt...

Inilah antara gambar kami masa pegi honeymoon kat kuching, Sarawak pd 12 December 2006.. Kami stay kat Holiday Inn Damai Beach Resort, ambik honeymoon pakej siap dgn candle light dinner lagi.. plus bouquet of flowers lagi.. romantiknyaaa...


Hureeeiiii.... masa untuk honeymoon... yes time nilah rasa leganya segala-galanya dah selesai dan tak nak ingat lagi dah pasal problem yg melanda dan segala mcm masalah yg terpaksa diharungi sebelum melangkah kegerbang perkahwinan. Rupanya bukan senang nak bergelar isteri dan mendirikan masjid ni, banyak ranjau dan duri yg terpaksa ditempuh dah dilalui dari zaman bercinta sehingga bertunang dan seterusnya mendirikan masjid tapi yg begitu mencabar hubungan kami masa kedua-dua belah pihak berbincang sebelum majlis perkahwinan kami, ribut taufan melanda dlm perundingan tersebut... namun akhirnya segala-galanya berjaya diharungi dan kata putus diambil walau pun ada pihak yg tak berpuas hati tapi itulah adat perkahwinan bukan semua yg kita hajati berjalan seperti yg diinginkan tapi alhamdullillah kalau dah jodoh tu tak kemana, pertunangan kami yg terjalin selama 2 tahun 10 bulan akhirnya berjaya disatukan... Amin.. Buat semua doakan kebahagian dan kesejahteraan kami, semoga mahligai yg dibina akan terus kukuh dgn limpahan cahaya mata dan dilindungi dari segala bencana...

*** Buat suami tercinta... terima kasih atas kesabaranmu selama bergelar kawan, kekasih, tunang dan kini suami. Semoga kita berdua berjaya mengharungi bahtera impian yg kita bina ini.

***Walaupun banyak ranjau dan duri yg dilalui sebelum berjaya mendirikan masjid tapi majlis perkahwinan ini tetap menjadi memori yg manis dan kalau boleh repeat nak ulang lagi dan nak buat yg lebih best lagi.. chewah.. tapi, ikut kemampuan jelah.. bila tgk dah timbul mcm-mcm design dan trend baru rasa mcm ehhh bestnya "jom kita kawin sekali lagi.." itulah ayat yg keluar kat mulut ni to my hubby tiap kali nampak sesuatu yg berkaitan dgn wedding yg menarik hati...

2 comments:

Mahmood said...

Your blog is very nice. The photographs are very beautiful. Wish you all the best. God is Great.

http://health-care-you.blogspot.com

ezan said...

Thanks for the compliment. Actually I’m still new in this and still in the learning process and thanks also for being my followers.