Ini pula merupakan majlis berinai yg diadakan dirumah pengantin perempuan, beberapa pakaian diperagakan sampai ayah yg dok menunggu bawah khemah menyaksikan anak perempuannya berposing sakan akhirnya tertidur kerana katanya dah banyak majlis kahwin dia pegi tapi tak pernah pulak sampai dari siang ke malam baru selesai posing... Mana taknya, sebenarnya ezan sendiri pun dah tak larat nak berposing tapi dek kerana photographer yg masih bersemangat nak ambik gambar so pose jelah.... dan sampai ke pakaian terakhir kimono, akhirnya ezan surrender.. dah nak tercabut kepala lutut ni rasanya tak larat lagi dah nak bergambar dan akhirnya pakaian kimono yg terakhir tu diambik sambil duduk je.. Akhirnya selesai satu babak...

0 comments: