Kini tibalah masa utk mengadakan majlis cukur jambul for our princess, kami decide utk sekalikan dgn majlis aqiqah dan jugak doa selamat. Pada awalnya my mum nak buat cukur jambul 2 weeks after ezan deliver tapi ezan tak setuju sbb nak tunggu habis pantang dulu, ialah nak jugak turut serta dlm majlis tu nanti. So on 30 Dec 2007 (sunday) majlis cukur jambul, aqiqah dan juga doa selamat for our beloved princess di adakan, senang citer 3 dlm 1 je terus.

Majlis dimulakan dgn doa selamat kemudian cukur jambul di pihak lelaki, pastu baru cukur jambul utk pihak perempuan dan di ikuti dgn upacara marhaban. Majlis ni dihadiri oleh jiran-jiran, sedara mara terdekat dan rakan rapat sahaja. Alhamdullilah selesai satu bab...


0 comments: