Wawa pun sebok nak kemas kerusi lepas kenduri tahlil...

24hb may 09, genap 40 hari ayah meninggalkan kami, hari tersebut mama buat tahlil kat masjid je dan pada 27hb baru buat tahlil kat rumah pulak. Sekejap je rasanya mcm baru semlm je ayah meninggalkan kami, masih begitu terasa kehilangannya. Mama pulak setiap minggu akan menziarah pusara ayah, kesian mama mungkin terasa sunyi, yelah selama ni ayahlah tempat dia bercerita dan mengadu, ayah jugaklah tempat dia bergaduh dan bergurau senda. Ayah mmg seorg yg suka mengusik dan ayah jugaklah org yg selalunya akan meriuhkan suasana dan kerana itulah bila tanpa ayah kami begitu terasa. Bukan kami saja, malah org sekeliling yg rapat jugak turut terasa kehilangannya... Nasib baiklah masih ada adik lelaki ezan yg berumur 7 tahun sekurang-kurangnya bolehlah menghilangkan rasa sunyi mama, iyalah abang ezan dah sibuk dgn kerjanya dan ezan pulak dah ada keluarga sendiri jadi hanya setiap hujung minggu je kami boleh temankan mama dan tinggal kat sana.

0 comments: